Saturday, December 15, 2012

Aku Mahu

Assalamualaikum semua


Aku mahu,
Kata-kata standard luahan hati manusia dulu kini,
Aku mahu itu ini,
Aku mahu jua begini,
Kalau diizinkan Tuhan, memang aku mahu.

Aku mahu dia,
Yang bisa buat aku gembira,
Buat aku tenang dengan kehadirannya,
Buat panas ku bertukar sejuk,
Buat sedihku bertukar riang,
Dia,
Yang mampu bimbingku kearahNya,
Yang mampu menyayangi keluargaku seperti keluarganya,
Yang mampu memarahi anak-anak tika aku kecewa kerana mereka,
Yang mampu sentiasa ada bersama,
Yang mampu terima aku seadanya.

Aku mahu mereka,
Keluarga yang mereka ada,
Keluarga gembira,
Keluarga yang menyokong saat adanya,
Keluarga yang menutup kekurangan dengan senda tawa mereka,
Keluarga bahagia.

Aku mahu mereka jua,
Rakan-rakan,
Yang sama mentelaah ilmu agama,
Suka membimbing saat sukar dan gembira,
Menegur kekhilafan satu sama lain dengan beraninya,
Tapi masih dengan sopan santunnya,
Yang gembira bila rakannya gembira,
Yang turut sama merasa gundah, dengan kesedihan rakannya.

Akarnya,
Untuk kecerahan hidup,
Aku mahu mereka semua,


:)





P/s : Yayunk semua, ni bukan sajak ye. Tak layak jadi sajak pun* Sekadar suka-suka.
^___^


15 comments:

intanfirdaus247 said...

suka2 pon sedap rara

nanieybarnieylurviey said...

Xpe.. Yg penting penuh makna :)

Maaf lmbt singgah sini :) dan lme xsinggah

HUDAJMAL said...

Aku mahu juga. eh? haha

Rara Nasiha said...

hiksss, thanks all :)

eyriqazz said...

Pandai bersajak...

Aien Alien said...

suka-suka penuh makna. mahu itu ini. hehe

ieda said...

penuh makna nie ..
akak je x paham ekeke ;)

psss : dik ! tanjat tgk pic adik sblh kanan tuu ! hhuhu

Cik Mun said...

aku mahu sumer..hehe

لين Si Pipi Merah said...

Coretan yg sangat padat... :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk besh ayatnya..

Rara Nasiha said...

biasa-biasa je sayang :)

Iffah Afeefah said...

aku agak kau tamak kasih sayang

sekian haha

are_lin@yu said...

pndai jgk tu ;-)

adyna said...

Luahan isi hati

nitnot said...

monolog hati. i like it ;)