Monday, December 10, 2012

Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua



Perempuan tak pernah mintak untuk diberi harapan, lantas diperbodohkan setelah percaya. Itu dah pasti. Perempuan memang dah sifatnya. Mudah mempercayai. Tapi itu bukan bermakna dia bodoh. Dia leka dengan janji manis lelaki. Tapi kerana dia dah sayang. Why la kau nak bagi harapan bilamana kau tak pernah suka. Tak tahukah benda tu berdosa?

Bila dah bergaduh, kau cakap perempuan tu bodoh. Terlalu percaya dengan kau dulu. Tapi macam mana kata-kata kau dulu, 

"I nak kahwin dengan you. Sungguh!"
"Hanya kau, takda perempuan lain."
"Saya nampak awak dalam istikharah saya semalam."

Ni contoh kata-kata yang memang boleh buat perempuan cair. Macam aku kata tadi, bukan sebab dia bodoh, mudah sangat mempercayai, tapi sebab dia sayang. Sayang tu yang boleh dikategorikan kepada sayang membabi buta, atau sayang berpada-pada. Kalau sayang membabi buta, kau percaya, dan mula serah segalanya. Kalau sayang berpada-pada, kau tunggu tindakan dia. Bukan hanya percaya dengan kata-kata. Sebab itulah 'actions speak louder than words' gitu. Jangan bagi gua speaking bhaii. Tetibe* kahkahhhh

Kesian pada perempuan yang percaya membabi buta. Takut mudah menggadai segalanya. Lalu menyesal dikemudian hari. Moga Allah sentiasa bersama mereka. Bagi perempuan yang percaya berpada-pada, baguslah. Menyiasat dulu segalanya. Betul ke kata-kata lelaki tu. Sekarang zaman kan dah maju. Kat Facebook lain, kat Twitter kang lain pulak. Belum campur kat Whatsapp dengan BBM lagi. Hang kan hotstuff. Hah, emo sudah. hikhikkkkk.

Bila siasat punya siasat, dia gunakan ayat yang sama rupanya pada perempuan lain. Cerita macam betul-betul nak kita, tapi dengan perempuan lain, nak ke dia pulak. Tu baru kat Twitter. Belum campur Senah dengan Bedah dekat Facebook lagi. Siasat semua kang, keluar pulak Peah dengan Timah. Sudah, kelaut pulak gua mencarut* kahkahhhh. Tapi betul, bila semua dah terbongkar, dia mula hangin. Tambah teruk, dia memburuk-burukkan kita. Macam kita pulak yang buat dosa, pedajal dia. Haihh la lelaki. Tapi tak semua ye, correction, tak semua. Kang ada pulak yang emo dengan entry gua ni kang. Takut makkkkk =,='

Dunia ni bersifat sementara je. Janganlah terlalu nak kejar dunia, sampai akhirat pun lupa. Kalau suka, buat cara yang betul, ikut saluran yang betul. Kalau tak, buat apa memberi harapan? Kan Ustaz Azhar Idrus dah kata, 'berdosa memberi harapan tanpa niat untuk mengahwini' kan kan?

Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. (Ustaz Azhar Idrus)

Kalau suka tak semestinya bercinta. Kalau cinta tak semestinya ada jodoh. Kalau ada jodoh tak akan ke mana. (Ustaz Azhar Idrus)

Bercinta itu harus. Ada cara betul ada cara salah. Pilihlah jalan Allah. Restu ibu bapa jangan dilupakan. (Ustaz Azhar Idrus)

Jangan pikat wanita kalau kamu tak bersedia cintakan dia. (Ustaz Azhar Idrus)



Semua ni pesanan untuk kita bersama. Untuk kau dan aku. Untuk para Hawa yang disayangi. Sama-sama kita perbaiki diri yang banyak khilafnya dulu.

:)





32 comments:

aku HaniAsyira said...

kena selalu fikir diri dan berpijak di dunia nyata

iyka zulaika said...

betul setuju! suka pandangan you rara :)

Hasrina said...

insyallah

zaty said...

thumbs up utk ini entry! ^^

Chic Na said...

terima kasih atas nasihat. ;)

shera haifa said...

suka entry niee.. kawan sy.. knl kat ym je.. yg xtahan tu perempuan g jumpa lelaki tu, bukan lelaki tu datang jumpa c perempuan.. percaya sngt kat lelakiii...

TiranaAdul said...

salam..
Salam kenal dari tirana aduka.maaf saya dtg tanpa diundang

intanfirdaus247 said...

Salam ukhuwah..:)

gadisBunga™ said...

hati hati dengan lelaki. tapi insyaAllah ada cara untuk kita tahu dia jujur atau tak. macam yg awak tulis la...zaman kan dah maju...

Anne Nurain said...

kena sntiasa hati2 percaya kat orang..
kang tjumpa lak dgn lelaki lidah bercabang.. bahaya tuu.. hehehe..

Rara Nasiha said...

betul. sama-samalah kita. :)

Dylla Fadzil said...

I rs bila perempuan kena tipu sekali, hato dah kebal jadi batu dan susah lagi untuk percaya sapa sapa untuk next relationship dia. ahaaaa.

Rara Nasiha said...

betul Dylla. Perempuan akan lebih berhati-hati. itu yang sepatutnya :)

nadia said...

kesian kan dekat perempuan yg selalu dipermainkan oleh lelaki durjana ituuueww.

Ujie said...

Lelaki yg baik biasanya tak akan menjanjikan yg indah2. Tapi dia melakukannya..cth: kalau betul nk kawin, cpt dia berusaha ke arah itu.

oshinz said...

a.ah btul. setuju. kalau tak suka tak payah nak mainkan hati orang sangat. nanti kena balik.

Nasuha said...

suka dngar ceramah ustz azhar..

Zamani Abe said...

dtg menjengah ke sini.. ;) best le ayat UAI tu.. izin share ek ;)

nur anis said...

^__^ senyum untuk entri ni..:)

Rara Nasiha said...

heeee. Alhamdulillah :)

Zumie said...

nice entry babe :)

Izara4eva™ said...

mekaseh syg, bgus entri ni :)

are_lin@yu said...

yg pnting jgn mainkan at dan perasaan prmpuan..ingt ibu kita jgk seorang perempuan ;-)

Nur farahiza said...

lelaki ade setengah boleh percaya tak boleh percaya , perempuan pulak tak boleh terlalu jatuh cinta , bab cinta mmg akan bute , tapi berpada pade la jangan menyeal nanti .

Lyaa Suriany said...

kelemahan utama perempuan
terlalu syg. sampai buta

zariffzarifah said...

perempuan kalau dah sayang... tapi lelaki selalu ambik kesempatan... zaman sekarang nak carik lelaki lindungi pompuan adelah terlalu payah...

TiranaAduka said...

salam
Erm.. Singgah tinggalkn jejak

azalia hjsalleh said...

ye saya pun masih dlm process nak memperbaiki diri
skrg ni x pikir sgt soal jodoh
cuma kdg2 je perkara tu terlintas

Iffah Afeefah said...

aku ingt aku da komen ini

tapi aku skong pe ko ckp

Eliza Sulaiman said...

nice one,

i sokong you.

hehe.

Mama Adra said...

Thnx dear...
Utk peringatan bersama =D

Lov @ Mama|Adra

Emma said...

congrats !!! nice entry !! emma pernah jumpa dengan lelaki yg mcm tu.. but at the end kte tertipu.. memang lumrah wanita mudah cair and mudah kasihan !!