Assalamualaikum teman
Aku memang mencari teman hidup. Sudah tentu bukan teman suka-suka. Aku tak rasa satu keperluan pun teman suka-suka tu. Cukuplah sekadar aku suka-suka, menggembirakan diri dengan rakan-rakan yang tersayang, dengan ibu bapa mahupun dengan cousin-cousin ku semua. Teman hidup? Satu perkataan yang mudah, tapi sukar untuk kita jumpa. Teman tawa riang, teman duka, teman yang merangkap sahabat, merangkap kekasih, merangkap suami, merangkap ayah kepada anak-anak kita. Indah bukan perasaan itu? Perasaan yang semua perempuan ingin rasa. Cuma bezanya, lambat atau pantas sahaja.
Teman suka-suka untuk apa kalau untuk sementara waktu sahaja? Aku perlukan yang sepenuh masa. Bukan partime. Bukan halftime. Bukan! Sepenuh masa, sepanjang waktu. Jadi janganlah di tanya kenapa pencarianku lama. Aku mencari untuk kekal abadi. Sebab itu aku teliti. Jangan kau soal apa yang ku ingin. Demandkah aku, materialistikkah aku atau memilihkah aku. Jangan kau soal itu. Kerna hati aku, hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.
Yang paling penting sekali adalah aku. Aku perlukan ruang untuk diriku. Membaiki segala perlakuan. Membaiki hati dan perasaan. Membaiki demi menjadi muslimah yang lebih baik. Mudah-mudahan.
Yang paling penting sekali adalah aku. Aku perlukan ruang untuk diriku. Membaiki segala perlakuan. Membaiki hati dan perasaan. Membaiki demi menjadi muslimah yang lebih baik. Mudah-mudahan.
Tuhan,
Andai waktu itu telah tiba,
Berikanlah ku petunjuk,
Dalam membuat keputusan terbaik,
Untuk hidupku, untuk masa depan.
Till then fellas
:)

36 comments:
I loike u!!!! seorang yang lebih pentingkan persahabatn... btw, comel gambar tu kan.. sweet je.. masyaAllah
nice...insyAllah same goes to me :)
Aina : Kan? Gambar yang mampu buat kita tersenyum. :)
Sizzling Suzai : Insyallah, amin :)
inshaallah masa tu pasti akan tiba ;-)
INSYAALLAH RARA..
rahsia Allah :)
betul tu. memang susah utk kite jumpe teman hidup. teman suka2 senang je utk dicari
yes..u;'re right..:)
semoga ditemukan dgan tman dunia akhirat.. hehehe.. kelakar tgok gambar profile blog awak
semoga ditemukan teman dunia akhirat.. doakan sy juga ya :)
In Shaa Allah, nanti akak dapat lah. Kita jaga diri kita, nanti kita dapat yang paling baik. Sebab Allah bagi ganjaran yang berlipat kali ganda :)
moga sentiasa istiqamah di jalan Dia, dan moga berjaya menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya ^_^
in sha Allah, Dia hadirkan teman yg selayaknya utk akak :)
insyaALLAH.. berdoa dan usaha..
Amin dipermudahkan dpt teman setia di dunia & di jannah sana :)
keep on praying dear :))
wahhh that true dear =)
Insyallaah may Allah bless you =D ameen
Aminnn, untuk kalian jugak ya :)
semacam ada keindahan melihat gambar di atas.
Insya Allah..rara akan ditemukan dgn teman hidup yg membawa bahagia di dunia & akhirat. :)
Dezee cari wanita untuk dijadikan isteri..bukan kekasih..Alhamdulillah dah jumpa..semoga rara pun sama. :)
Alhamdulillah. Tahniah Dezee. Kan Ujie. Gambar tu perfect! :)
semoga dipermudahkan urusan Rara..InsyaAllah satu hari nanti. Aminn
itulah impian semua muslimat...Allah telah mengatur siapakah imam kita..cume tunggu masa yg telah ditentukan oleh Nya bilakah saatnya.. :)
Allah Maha Tahu bila waktunya.. ia akan tiba.. bersabar yer.. :)
dya pun mcm rara...;)
semoga semua urusan rara dipermudahkanNya ye. rara follow the flow ok. Dia tau yang terbaik untuk rara :)
Insyaallah sentiasa berdoa..pasti dapat apa yg diminta
Nice entry.!! :D
moga jumpa teman yang sebenar2nya teman.. =)
teman sejati susah dicari :) tapi insyaAllah tetap akan ade :)
tak tahu kenapa tapi suka tgok gambar tu
gambar tu. sweetnya <3
oh. semoga ketemu insan bertuah itu.
majoriti kita adalah sama.
cari teman hidup, bukan teman sementara.
semoga. bahagia dan redha allah itu milik kita :)
This store carries products that are overstocked [URL=http://www.thenorthfaceoutletstores.net/#700]north face sale clearance[/URL] stores because they were unsold for quite some time, or perhaps those products with modest factory defects. On the other hand, customers are still guaranteed of good top quality and dependability; with merely [URL=http://www.thenorthfaceoutletstores.net/#512]north face outlet store[/URL] repairs, these products are already good to go.
InsyaAllah, dia da aturkn sumenye utk kite :D
InsyALLAH.. terus istikamah dengan benda/ perkara yang baik itu..
InsyALLAH.. terus istikamah dengan benda/ perkara yang baik itu..
salam...maaf..mcm dah putus harapan..tak ape yang penting happy
Post a Comment