Sunday, January 3, 2010

"Ini cerita biasa..bukan luar biasa!"


Owhh,tiga hari sudah tidak on daku punya lappy..
Alih2 harini, bukak saja blog, followers sudah mencapai angka ke dua..
Tidak berasa berbangga..kerana followers ramai tak bermaksud blog kita sudah bagus..
Tapi berasa amat berterimakasih bagi yang sudi follow blog yang tak seberapa ni..


Ini mao cerita..

Pada hari khamis lalu, daku pergi makan besar..
Bersama orang2 yang perot agak besar berbanding daku..
Laju ajer abang2 sedara daku,pakcik makcik sedara juga datang ke restoran Pak Ali sek.18..
Emakkuh dengan murah hati mahu belanja makan selepas dapat bonus..

Sepatotnya daku duduk bersama2 orang2 subuhh..
[bace subuh juga, bukan subur,maksud muda]
Tapi entah bagaimana daku boleh tersesat maksud dalam group orang senja kala wanita yang terdiri dari kaum2 ibu,termaksud emakku..[orang tua!]
Bila orang tua bercerita,daku hanya pasang telinga..
Mahu mencelah, nanti dituduh kurang ajar..

Sesi pertama, sebelum makanan tiba..
Orang2 senjakala mula bergosip tentang kain2 yang ada dekat Malaysia..
Dari kain ela, kain batik, kain pelekat sampaila ke kain langsir..
Yang peliknya,kain kapan pun tak terkecuali..
Tak takot mati barangkali..

Sesi kedua, pabila air minuman tiba..
Mereka mula bergosip tentang dunia artis pulak..
Dari artis A, ke artis B..
Dari artis B, ke artis C..
Nama artis terpaksa dirahsiakan..
Luar dalam artis semua disebut..
Betol2 menjadi kegemaran daku..

Sesi ketiga, bila makanan sudah tiba..
Bergosip pasal pekung suami masing2..
Ehh,tapi bukan pekung atas katil..
Itu bahaya!
Ini paling daku pasang telinga..
Baru ku tahu, kisah dunia percintaan mereka sebelum kahwin dulu bagaimana..
Cara2 pakcik daku mengorat mereka, meminang dan sebagainyalah..
Kalau sesi pertama dan kedua, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..
Kali ni, masuk telinga kanan, daku tak kasi keluar dahh..
Tutup kasi terus proses dalam otak..
Mungkin boleh digunakan dalam subjek Interpersonal Communication nanti..
Untuk chapter Relationship in Love barangkali..

Kemudian, kami bergerak beramai2 untuk shopping..
Kaum2 ibu sibuk mahu beli belah last minute barang sekolah anak masing2..
Akhirnya kami masuk ke kedai kasut sekolah Batak..
Ehh, Bata..



Ini perbualan antara Emak, Anak dan Makcik sedaranya..

Anak: Kalau Sara kawin dengan Remy, takdanya beli-belah kat sini..
[merujuk pada pusat beli-belah Ole-Ole yang kurang famous!]

Emak: Hek..elehh, perasan lebeh je! Orang tu entah pandang kamo pun idak..

Makcik: Kenapa Cho? [Nama panggilan emakku, bukan Coli!]

Emak: Sara ni ha..Konon nanti dah kawin dengan Remy,dia..

Makcik: Apa? Remy? ehh,aku pantang betul dengar nama tuhh..

Anak: La..awatnya?

Makcik: Tau tak,pakcik kamu tu dulu..guna nama Remy nak ngorat kawan acik..Ishh,geramnya aku! Ni mana kamu kenal Remy ni? Baik ke tak budaknya?
Anak: Er..emm...[Saje buat2 gabra]
Makcik: Ha..nape? Jawab..

Anak: La..ofcoz la baek! Bukan ke Remy dalam citer Nurkasih tu dah kembali ke pangkal jalan?Last sekali, dia dah jadik baik..

Makcik: Remy Ishak ke? Asal tak cakap awal2? Kurang asam betul la..



Kenyataan kurang asam itu disertai dengan balingan kasut sekolah anaknya yang bersaiz 5 tepat ke badan daku!
dan
Satu lagi pekung pakcikku dibuka.. :)






P/s: Susah kalau bergurau dengan orang senja ni..
:)

Wednesday, December 30, 2009

"Apa masalah kau?"

Owhh, ini bukan masalah kau..cume masalah aku..
Aku ada sedikit masalah,tapi biarlah jadi rahsia antara kita saje yer?
Janji??
[sambil jari paling kurus diangkat, dengan harapan anda buat perkara serupa]

Mungkin sesetengah manusia anggap ini perkara biasa..
Tapi bukan untuk daku..
Bila teliti balik, daku sendiri hairan,apa masalah daku sebenarnya?
Daku tak reti bersopan atau berbudi bahasa sama lelaki kah?


_Adegan dalam Myspace_

Daku: Oit, thanx add..kau keje ke?
Lelaki itu: Kau? siapa kau tu? Awk ni nape ye? awk baru kuar hospital sakit mental yer?

Agak terkesima disitu..tapi keadaan masih baik..Belum ke tahap tersentap lagi.. Mungkin pergunaan kata 'Kau' tu, buat dia jadik begitu..


Bukankah lagi baik kita gunakan saja kata diri yang selesa untuk diri kita..
Ramai jugak blogger guna..
Kau,aku..gua,lu..
Dan daku takda masalah dengan tu..
Bila baca entry2 sebegitu, lebih terasa dekat dengan hasil penulisan mereka..
Terasa sudah kenal lame..
Rasanye tak salah bukan?


Adakah perempuan nampak kurang sopan bila guna perkataan sedemikian?
Tettt..jawapannya tidak..
Sedangkan kita bila berdoa sama Tuhan pun,pasti gune kan perkataan sedemikian,bukan?
Adakah itu bermakna kita sedang kurang ajar sama Tuhan?
Tett..sudah tentu tidak lagi..


Guna U, I..guna panggilan nama kunun manje..guna Saya, Awak..
Hey2..apakahh..? geli la woit..geli!
Boo sama kamo satu kali..!


Okeyy, tapi sebenarnya benda tu tak dosa..
Masih lagi tak membuatkan malaikat belah kiri atau kanan catatkan dalam buku yang ada..
Diulang sekali lagi..
Tak berdosa pun guna U, I..Saya, Awak tuuuhh..
Macam yang daku cakap tadi..
Ini masalah peribadi daku..
Bagi yang tak selesa, daku mintak maaf yer..
Sememangnya budi bahasa budaya kita..







Errr, tapi dengan perempuan, daku reti plak berbudi bahasa..guna saya, awak..guna I, U..
Guna panggilan nama..












Tidak! Tidak!
Daku bukan lesbian!!
Selamat Tahun Baru 2010
Dan
Selamat memulakan sesi pembelajaran semula ye kanak2!

Sunday, December 27, 2009

"Ini aksi bahaya"

Kenapa jadik macam ni?
Kenapa tak boleh pikir dulu sebelum buat?
Biler dah buat,
Baru nak pikir, rasa macam bodoh la plak..
Tak kesian ke?
Okeh,fine..
Nafsu jawab ko..

Tak boleh nak halang..
Semua orang ada nafsu..
Lepas dah buat satu dosa,apa kata jangan buat dosa yang lain lagi..
Pandai buat,pandai tanggung..
Rasa tak boleh nak tanggung..
Ko jangan buang..
Kesian..
Ko bagi la kat sape2 yang mandul..
Yang lebih memerlukan..
Bagi kat rumah kebajikan ke..
Ni kalau ko buang..
Jadik makanan burung, jadik makanan semut..
Kalau jadik makanan anjing,lagi naye..
Aku sedih..aku kesian..
Kalau ko bagi aku pun takpe..
Aku jage..
Aku nak adik..
Makpak aku dah tak larat bagi adik..
Mehh,bagi kat aku..



Aku tengok berita tv3 tadi, ada je pasal kes buang bayi..heh..

Pakcik google,terima kasih untuk gambar ni..

Ni lagi sorang, aku sayang giler kat ko, jage ko, tatang ko, lambung ko..Ni balasan ko kat aku? Sape ajar kau buang gaya tuhh? bukankah lagi senang buat gaya peace jer?

P/s: Kakak kawan aku selalu pesan kat die..
"Sebelum buat pape yang bodoh, bayangkan muke makpak dulu.."
Pesanan ni jugak berkesan kat aku..
:)

Thursday, December 24, 2009

"Entry untuk kaum hawa sajer"

Untuk lelaki yang masih skodeng entry ini..
Anda memang kurang pemahaman bahasa..
Tapi tak apa..Dosa sendiri tanggung yer..
Ini entry ada sedikit pendedahan yang kebanyakkannyer kaum lelaki suka..

Lihat saja makcik Pamela Anderson ni, anaknya atau mungkin cucunya terpaksa jadi mangsa untuk mengheret kainnye yang terlebih..Gambar ehsan pakcik Ini!

Kat Malaysia, ada tak orang pakai macam ni?Kalau ada, daku la orang pertama yang gelak ala sundal malam punyer ponti..Tiba-tiba nampak pulak kelibat manusia jalan dengan banggenye..Tak kisahlah dekat mana..Mid ke, Klcc ke, TS ke, pakai macam ni..Even tak pakai macam ni pun..Cukuplah jangan pakai pakaian yang memalukan..Yang boleh buatkan orang dua kali pandang..Dua kali pandang sebab cantik tak apa..Jangan dua kali pandang sebab jelik!

Okey, ada beberapa tips, daku mahu kongsi dengan kalian berkenaan isu ini..Tips murahan yang majoriti ramai dah tau,cume kurang dipraktikkan saje..Tapi sapa mahu tambah tips lagi, dipersilakan, okehh..


1. Jangan terlalu mencuba..Just be urself jer..Secara logiknya terlalu mencuba ni akan menyebabkan kalian berasa stress dan hilang keyakinan diri.

2. Kalau kurang kepastian, rujuk pada kawan..Rasanya takda kawan yang nak tengok kawannya yang lain nampak hodoh, bukan? Confirm dia pun tumpang malu sekaki nanti.

3.Pakai mengikut keselesaan. Kalau rasa seperti mahu pakai t-shirt saje, silakan..ikut sendiri punya selera. Kalau rasa mahu pakai baju kurung pun lebih baik..lagi nampak ala perempuan melayu terakhir gitu..konfiden sajer dengan diri sendiri, okeh?

4.Ukur baju dibadan siapa? yang pasti, bukan jiran sebelah punya badan..tapi dibadan kalian sendiri. Kena tau tahap kesesuaian sesuatu baju itu pada tubuh kalian. Baju labuh sesuai atau tidak pada yang rendah dan begitu jugak sebaliknya..Faktor ketinggian dan saiz badan penting. Jangan abaikan faktor mudah sebegini, yer..

5.Bijak bermain warna, please.. Jangankan kerana anda berbaju hijau, bertudung hijau dan berseluar putih, anda mahu makeup berwarna hijau jugak..bak kata kawan daku
" Hey, plizz..macam pokok pergi shoping je?"

6. Kasut penting! Kalau kaki anda melecet, anda jugak tak selesa mahu berjalan..sekarang pun berlambak selipar yang cantik2 dijual.. tak kan sebab nak berfesyen kononnye, asyik nak wedges or high heel je?




Sikit sajer tips ni..tapi daku yakin, sekarang ramai perempuan dah tau berfesyen..
Sudah pandai membawa diri kat mana2 event pun, kan?





P/s: Ada sesiapa nak pakai boxer and skirt ni tak?

Tuesday, December 22, 2009

"Im back!!"


Ayat macam seorang artis yang dirindui peminat2 nyer kerana sudah bertahun menghilangkan diri dari dunia seni..

" Im back okehhh.."

Daku sangat mati akal mahu bikin apa sebab tak dapat onlinekan diri..
Selain tengok tv, bace novel twilight berulang kali..
Berbakti pada rumah serta ibu bapa..
dan..
Mendengar ceramah agama..
What? Ceramah agama?
Tipu jer..
Ceramah untuk amik lesen yang boleh dikatakan hampir 98% isi carutannye sudah diketahui oleh semua bakal pengguna jalanraya..
Daku memang tak tahu mau buat apa lagi..

Tiba-tiba bila lappy menjadi jahanam..
Idea pulak datang mencurah-curah keladang gandum..
Demand mintak mahu dikomersilkan kedalam belog huduh ni..
Perasaan tak dapat mengonlinekan diri?
Ehhh,ofcoz daku berbangga..
Satu pencapaian kerana berjaya memecahkan rekod tidak mengonlinekan diri selama hampir 2 minggu..
Harus ni tayang muka dalam Selangor book of record..
Itu pun kalau ada la...

Maaf daku mungkir janji tidak dapat terjah belog kalian setelah berjanji mahu buat demikian..
Apa hukuman daku?
Bmw 5series konfirm tak dapat..
Sebab bapak daku pun pakai kereta i10 sajer..

Sila maaf kan daku yer..











P/s: Sebelum mula sem baru, daku akan mula melancarkan secara besar-besaran 'Ops Noda' keatas belog kalian sebagai tanda maaf dan rindu, ya...







Ini ayat bodek, sila fahami betol2..

:)

Sunday, December 13, 2009

"Siapa kata?"


Siapa kata perempuan ni menyusahkan?


Siapa kata baca novel membosankan?


Sebenarnya, nak tanya.....

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...


Siapa kata bolasepak negara memalukan?

Berjaya kalahkan Thailand, sebagai juara bertahan..

Kira satu kebanggaan jugak la kan?








Tula sebenarnya..

Bila jatuh tersungkur, dicaci maki..

Bila berdiri gagah, pujian melambung..

Dan

Baru tau nak menghargai..


...Negaraku,tempat tumpahnya darahku...











P/s: Sory tak dapat jenguk belog kalian..besok atau lusa, akan diterjah okey..

Terimakasih bagi yang meninggalkan kumen!

:)

Thursday, December 10, 2009

"Cinta Pertama"



Daku boleh pulak teringat zaman cintan-cintun sekolah dulu..
Orang kata Cinta Monyet..
Kekadang bagi daku, cinta monyet lagi indah dari cinta zaman matang nihh..
No suffering, no tears..
Daku tak pernah nangis bila clash..
Siap boleh kawan-kawan lagi..
Ayat clash pulak, bodoh-bodoh je..
Mau tumpu dekat PMR la kunun..heh..
Padahal sudah tangkap cintan sama budak blok sebelah..
Yang selalu main kenyit-kenyit mata, curik-curik pandang.. :)


Bila teringat balik, memang lawak..
Duk dating dalam kelas..
Bila cikgu datang, terus tarik buku add math,kunun bincang jawapan..apakah?
Balik sekolah sama-sama..
Meredah hujan onak duri berdua..wewiitt!
Sangat romantik lagi..
Tiap minggu dapat cadbury black forest sama keropok twisties..mesti mau!
Main balas-balas surat..
Guna orang tengah..
Ye lor, zaman mundur lagi..


Sekarang sudah berubah..
Makin dewasa makin matang kot..
Yeke?
Hadiah kasi gf atau bf nak power sajer..
Tak main coklat cadbury dah..
Mau bagi coklat ferrero rocher je..
Padahal rasa sama je macam biskut roka, kilang appollo punye..heh..


Sebab utama ini entry..
Jumpa kekasih pertama zaman monyet dahulu kala dekat myspace..
Ayat teguran sebegini..


Tenuk: untuk si cinta pertama
Gojesh: ofcoz untuk daku


Tenuk: woit, aku add hang!
Gojesh: dah add baru nak bagitau pasai pa? [dengan nada riak idung tinggi sekali!]
Tenuk: kalau tak silap, ini cik Sarah Nasiha cinta pertama aku, dulu sekolah menengah dekat 18, yang duduk dekat jalan daun payung kan?
Gojesh: Usah dikenang kisah lama..[tiba-tiba pasrah..haha]



Okey,sudah!
Sebelum daku mula mencarut lagi..


:)

Sunday, December 6, 2009

"Mak,sara nak kawin!"

Okey, rakan-rakan blogger ku sekian alam..
Jangan lupa datang rumah daku..
Pada hari ahad, bersamaan 13Disember2009,
Untuk sama-sama meriahkan lagi majlis perkahwinan daku dengan..


..Encik Teruna bin Nikah..


Dialamat, No28, pusing kut sekolah india simpang renggam,
Masuk lorong masjid hidayah
Seksyen 18, Shah Alam..










Jangan lupa tau..[sambil buat muka gedik!]
:)
































































Okey, tipu saja..
Daku muda lagi..
Result final pun belom tau, dah gatai nak kawin..heh..
Tapi tak salah kan kawin muda??
Boleh membesar dengan anak2..
Busan2, boleh main tomoi2 dengan anak2..



" Kau gile ape? Belajar pun tak habis! Kerja pun belum tentu! Kereta pun takde! Lesen pun takde! Dah gatai nak kawin! Kau ingat senang ke ape kawin ni? Macam zaman tadika ke? Siap tukar-tukar pasangan, malu-malu taik babi lagi?"


Iye, rakan-rakanku memang terlalu emosional..Daku tanya aje..
Nak tengok reaksi mereka..
Apa2 pun, jodoh pertemuan, ajal maut semua kat tangan tuhan kan..


Daku nak jemput kakak angkat daku, Taylor Swift buat persembahan time daku kawin nanti, jangan jeles..!


Saje je berangan gedik2 camtu..
Banyak kali gak daku jumpa pasangan muda, giler havoc wa cakap lu..
Chumel je bawak budak..
Vogue giler..
Sekarang musim kot orang kawin muda..


Letih memang tak hingat la hari ni..
Dari Shah Alam sampai Bukit Jalil..
Dengan sesak nak mati..
Tambah hari ni ada sure heboh pulak kan..
Pakcik traffic pulak heboh suruh u-turn ikut tempat lain..
adehhh...
Sudah, jangan mengeluh..tak baik!


Kawan daku kawin hari ni..
Muda lagi..21 tahun..
Dah mengenyam..
Dulu duk main kawin-kawin..
Renjis pengantin pakai pasir je..
Lepas renjis, tak dapat apa2..
Sekarang dah kawin betul2..
Lepas renjis pengantin je, dapat bunga..
Special ada telur pulak!

"Nak buat macam mana? Dah jodoh aku kan..hehe.."
Cit, ada riak bangga disitu! heh..


Moga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat Makcik Gonjeng!
:)

Saturday, December 5, 2009

"Kentut busuk"




Letak gambar pun, kire update blog jugak kan?
Giler,kau memang pemalas!!
:))

Sunday, November 29, 2009

"Semua sebab gam!"

Sekarang ada macam-macam benda orang hisap. Dadah la, ganja la, dan setahu daku, yang paling bahaya, adalah hisap gam. Eh, ni bukan sebarang gam ek! Bukan gam UHU, stok lekit2 boleh buat sarang labah2 tuhh, atau gam beli satu kena 50sen tu, tak pun, gam kanji..gam yang jenis macam selesema tahap kronik tuhh. Daku tak tahu korang panggil gam tu ape, tapi daku panggil je gam kanji. Gam2 yang dorang hisap ni, jenis yang heavy, contoh macam gam kayu atau gam tayar. Gam gajah, babun atau yang seangkatan dengannya, daku tak pasti kategori ape. Gam senang dapat, kat kedai cina Wega belakang rumah daku ni pun ada jual. Murah pulak tuhh. Sebab tu la budak-budak suka. Tak macam ganja, esctacy atau dadah, mahal..Kalau dah kata hisap, konfirm la guna hidung atau mulut kan..punggung tak boleh hisap, hanya boleh menghembus sajer! Sekali hisap, perhhh..tangkap otak wehh. Boleh jadi gila. Mula la terbayang Kluang Man terbang selamatkan dunia..tak pun, ada anak itik melintas jalan kena langgar lori..Sebab tu la daku kata, hisap menatang haram ni paling bahaya. Korang2 silalah tengok adik2, abang2, ataupun bf korang, senang citer, orang yang korang sayang. Jangan sampai terjebak..takut susah nak patah balik je. Daku tak tahu la kerajaan dah buat belum akta pasal gam ni ke tak..


P/s: Selamat Hari Raya AidilAdha..macam lewat giler je daku wish kn?


Daku balik kampung, 3hari..dari Khamis sampai Sabtu. Korang tak balik kampung ke? syok je daku tengok meng'update blog..[bunyi macam jeles kn? :) ]
Bawah ni gambar kereta Makcik Sedara daku yang pancit ketika dalam perjalanan melawat sedara-mara ku yang lain.

Abang hero bagi pose menarik sehingga menampakkan lurah dendam..auww!

Pandai abang Hero cover balik..Malu dengan i la tuhh! :)

Makcik itu sedang membebel kerana panas..Memang makcik yang sangat kecoh! Ehh, lupa nak bagitau, makcik itu adalah Ibu kuhh!

.. :) ..